9 PERKARA PERLU DIELAK APABILA BERSELISIH FAHAM DENGAN PASANGAN ANDA.


1. Jangan Bersyarah.
Bebelan anda yang panjang lebar hanya akan membuatkan hati si dia makin terbakar (bomba pun tak dapek nak tolong), sampai si dia takde peluang nak bersuara....

2. Jangan Balas Dendam.
Kalau dah buat salah ngaku je...jangan kona2 pulak, siap ungkit kesalahan yang si dia pernah buat dulu... walaupun dulu kata dah settle...(walaupun dah baik tetapi selepas dari hari tu, kebolehpercayaan si dia kpd kata2 anda akan jatuh menjunam)

3. Jangan Tinggikan Suara.
Errr...memey r orang tengah marah suara mesti tinggi....tapi kalau dah masing2 asyik bersaing nak tinggi suara sampai Jaclyn Victor pun tak bley lawan pitch korang berdua...maka paham2lah akibatnya nanti...mesti penyudahnnya kaki tangan akan 'beraksi'.

4. Elakkan Terlalu Peribadi Dan Sensitif.
Ni satu lagi...bila dah takde point nak lemah@sakitkan hati si dia...mulalah hal2 personaliti dan fizikal turut masuk dlm debat...INGAT...kalaupun pertengkaran anda berdua dah pulih tapi PARUT tak hilang ye....(dalam hati hanya tuhan saja yang tahu betapa tersinggung dan kecewanya si dia).

5. Jangan Timbulkan Perkara-perkara Kecil.
Lebih kurang macam ni lerrr.... hinggakan semasa tidur air liur meleleh kluar pun jadi isu...apparra, cait!

6. Jangan Babitkan Personaliti @ Maruah.
Ni kadang2 terjadi bila selisih faham... janganlah sentuh ttg fahaman politik ke, suku kaum atau keturunanke... bila hal mcm ni masuk dlm debat...buruk padahnya....

7. Fokus Pada Satu Isu Dalam Satu Masa.
Sebab musabab ni ada kaitan dengan perkara nombor 5 cuma ada tambahan subjek....takkan blaja math tetiba formulanya cari dlm subjek sasterakan?? (sendiri faham k)...

8. Jangan Serang.
Walaupun anda minat sangat dgn sukan tp 'serangan' anda tak kena masa...pakat si dia ada lemah jantung, camne? bila anda tetiba serang...tentu si dia akan terkejut...dan tak penah dgr lagi orang terkejut ni akan memberi tindakan refleksi tersenyum.....biasanya ia akan disusuli dgn sumpah seranah, maki hamun dan yg sekampung dgnnya....

9. Jangan Tinggalkan Begitu Sahaja.
Kadangkala perselisihan faham akan berlalu begitu saja...bak kiambang berpaut berlalu...(ceh sastera pulak aku...). Walaupun mungkin perselisihan itu tidak berpanjangan TETAPI akan menimbulkan rasa tak puas dlm hati dan ini akan menyebabkan perkara yang nombor 2 dan nombor 7 terjadi bila 'perang' bersambung kemudian hari...


wassalam....

Comments

Popular Posts