TANDA -TANDA ROH AKAN KELUAR DARI JASAD

Assalamualaikum wr wbt.

Baru-baru ini penulis menghadiri ceramah agama yang diadakan di Setiawangsa. Bukanlah tujuan penulis nak ‘gebang’ yang penulis hadir ceramah agama. Sekadar maklumat yang pada hemat penulis baik untuk dikongsi bersama sebelum kita terlewat mengetahuinya. Tajuk ceramah tersebut “Tanda-tanda sebelum roh keluar dari jasad”. Penulis sempat merakam ceramah tersebut. Berikut adalah isi kandung ceramah yang telah disunting.

7 hari sebelum
Orang sakit yang tidak berselera makan secara tiba- tiba berselera sungguh untuk makan. Lain benar seleranya walaupun ketika sihat. Segalanya ingin dinikmati seolah  tiada lagi hari esok (erm...ye pun sebenarnya).

3 hari sebelum
Berasa denyutan di bahagian tengah dahi iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Sekiranya kita berasa tanda ini maka disyorkan untuk berpuasa agar perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Pada waktu ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini jelas dapat dikesan sekiranya kita melihat dari bahagian sisi. Telinganya akan layu iaitu bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kaki yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh kedepan dan sukar ditegakkan. Iyelah biasanya kita bila baring terlentang telapak kaki tegak seperti bentul ‘L’.

1 hari sebelum
Tanda ini akan berlaku selepas waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di bahagian ubun-ubun di mana ini menandakan bahawa kita tidak akan sempat untuk kembali ‘berjumpa’ waktu Asar keesokannya.

Tanda Akhir
Apabila kita mendapat tanda ini hakikatnya segala-galanya yang kita miliki di muka bumi Allah ini akan kita tinggalkan dan tiada lagi yang bermakna kepada kita. Keluarga tersayang, harta melimpah ruah, darjat dan kedudukan segalanya akan berpisah dari kita. Yang ada dan akan kita bawa adalah amalan (atau dosa??)  yang kita kumpul selama hayat kita sebelum ini. Tanda ini ramai orang akan mengalaminya. Malah kemungkinan kita akan sedar yang kita akan mati walaupun kita tidak tahu bahawa apa  yang kita rasa pada ketika itu merupakan tanda yang kita akan 'kembali'. Bila mana kita akan berasa sejuk di bahagian pusat dan rasa sejuk itu akan turun ke pinggang dan terus naik  ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap dua kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan kita pula. 

Dan sesungguhnya beruntunglah kita sekiranya kita peka dan sedar tentang tanda-tanda ini. Betul seperti yang sering diperkatakan, janganlah kita ketawa berlebih-lebihan kerana ketawa yang berlebihan akan memungkinkan kita menjadi manusia separa sedar. Memanglah sedih dan hiba jika kita menyedari tanda-tanda tersebut namun jika difikirkan kembali alangkah beruntungnya kita jika menyedarinya kerana dapatlah juga kita bersedia dan moganya kita semua (termasuk saya) kembali dalam keadaan suci dan beriman. Insya Allah.

Comments

Jue said…
emmm sharing is caring...weeeeeeeeeeeee



*** jejalan kat cnie..nice info.:-)
MalizaMah said…
memberi keinsafan.. dan menakutkan... huhuhu....
Muse razak said…
Untuk saya juga...Alhamdulillah ilmu berguna banyak manfaatnya.

Popular Posts