Jurutera Korban Nyamuk Aedes

Salam....
Bukan berkaitan Sambutan Aidiladha tetapi ianya berkaitan bagaimana seekor makhluk kecil boleh meragut nyawa seorang manusia pada minggu yang lalu. Denggi yang disebabkan oleh nyamuk aedes ini memang dashyat penangannya. Namanya diperolehi daripada perkataan Greek aēdēs, yang bererti "tidak menyenangkan", kerana nyamuk ini menyebarkan beberapa penyakit berbahaya seperti demam denggi. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS). Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti (juga boleh menyebabkan demam kuning). Mengikut satu kajian bahawa nyamuk aedes ini bijak kerana dapat menyesuaikan persekitaran habitatnya untuk terus hidup. Dengan badan dan kakinya yang berbelang hitam dan putih tidak sukar untuk mengenali nyamuk ini. Namun apa yang dikesalkan adalah kesukaran kita untuk mempastikan agar binatang ini tidak mempunyai 'kediaman' untuk menyambung 'legasi'nya seterusnya menghapuskan kehidupannya.
Sebelum Kenyang
Selepas Kenyang
Mungkin dengan FAKTA ini dapat menyedarkan anda .....:-
1. Binatang ini boleh membunuh nyawa anda dengan hanya satu 'suntikan' sahaja berbanding penagih dadah yang menggunakan dadah menggunakan jarum yang mengambil masa lebih lama untuk maut.
MORAL : Ketika kita sibuk melancarkan perang dadah, bukan main lagi takutnya kita kepada penagih dadah
walhal mereka ini tidak mengancam nyawa secara langsung (harta mungkin), kita alpa kepada makhluk yang kecil ini yang lebih memberi impak kepada nyawa kita sekeluarga. 
2. Kematian disebabkan denggi ini lebih tinggi kepada masyarakat bandar berbanding luar bandar yang kononnya kehidupan bandar serba serbi sihat dan hebat.
MORAL : Barang diingat nyamuk aedes ini hidup di air yang jernih seperti di dalam kolah mandi ribuan ringgit, pasu bunga yang cantik ukirannya, air peti sejuk yang besar dan cantik, saluran alat penghawa dingin  yang bagi kita tidur lena dibuai mimpi, akuarium penghias tamu, kolam renang di mahligai indah dan sebagainya. Nyamuk aedes tidak sekadar hidup di longkang yang busuk dan kotor (lalat, tikus, lipas etc ada). Juga bukan di tong sampah. Kita sering buang sampah, maklumlah tak tahan dengan bau yang semerbak walhal bauan itu tidak sampai pun mengancam nyawa TETAPI kita alpa pada imejan palsu depan mata yang kononnya rumah dan sekitarnya bersih namun itulah yang boleh mengundang maut. 
3. Negara tanah tumpah tercinta kita mencatitkan kes KETIGA TERTINGGI dikalangan negara-negara ASEAN.
  • Indonesia : 114,656 ke.
  • Malaysia : 34,386 kes.
  • Thailand : 20,000 kes.
  • Filipina: 16,929 kes.
  • Singapura : 3,051 kes.
  • Myammar : 11,383 kes.
  • Vietnam : 77,800 kes.
MORAL : Negara lain kejar pingat untuk Sukan Asia, kita kejar kedudukan 'terbaik' dalam hal macam nilah pulak. Ini ke semangat Malaysia Boleh??


Hakikatnya tak susah untuk kita mencegahnya...Luangkan 10 minit setiap minggu untuk anda menukar air mandian, air pasu bunga, membersih dan membuang air peti sejuk (mungkin boleh diguna untuk siram bunga...hehehe), membersih kolam renang etc. Sekurang-kurangnya ini boleh menjadi riadah dan senaman untuk kesihatan kita juga so tak payahlah berbuang duit pergi aerobik, gymnasium dan sebagainya yang tentunya menelan poket kita. Badan Sihat Duit Selamat. Fikir-fikirkanlah dan Selamat Beramal.

Comments

Popular Posts