Raja Sukan Asia Keirin Milik Malaysia
Alhamdulillah, akhirnya kemarau emas selama 4o tahun di Sukan Asia berlalu sudah dengan kemenangan Azizulhasni Awang atau dikenali sebagai 'the pocket rocket’ man' dikalangan pelumba-pelumba basikal seluruh dunia. Apa yang lebih membanggakan lagi, kemenangan didalam acara Keirin pada Sukan Asia ke 16 di Guangzhou ini dilengkapi dengan kemenangan seorang lagi pelumba negara yang memenangi perak iaitu Josiah Ng. Pingat perak yang dimenangi oleh Josiah Ng ini mengekalkan prestasi beliau sebelum ini yang turut memenangi pingat yang sama di Sukan Asia Doha empat tahun yang lalu.
Dengan kemenangan ini, maka berkumandanglah lagu Negaraku di bumi Guangzhou untuk kali ketiga selain kemenangan pasangan bowling negara oleh Alex Liew dan Andrian Ang dalam acara ‘double’. Bangga dan terharu apabila melihat jalur Gemilang berkibar megah mengiringi kedua pahlawan trek negara.
Syabas dan tahniah kepada dua pelumba negara. Teruskan misi kalian untuk menakluki dujia dan mengenggam emas Olimpik London yang akan berlangsung pada tahun 2012.


Comments