Raja Asia Keirin Milik Malaysia

Alhamdulillah, akhirnya kemarau emas selama 4o tahun di Sukan Asia berlalu sudah dengan kemenangan Azizulhasni Awang atau dikenali sebagai 'the pocket rocket man' dikalangan pelumba-pelumba basikal seluruh dunia. Apa yang lebih membanggakan lagi, kemenangan didalam acara Keirin pada Sukan Asia ke 16 di Guangzhou ini dilengkapi dengan kemenangan seorang lagi pelumba negara yang memenangi perak iaitu Josiah Ng. Pingat perak yang dimenangi oleh Josiah Ng ini mengekalkan prestasi beliau sebelum ini yang turut memenangi pingat yang sama di Sukan Asia Doha empat tahun yang lalu.

Pada acara terakhir dan juga hari terakhir pertandingan untuk acara lumba basikal trek, kedua-dua pelumba negara berjaya mengatasi cabaran pelumba tuan rumah yang diwakili oleh adik beradik Zhang iaitu ZhangLei dan ZhangMao. Zhang Lei yang sebelum itu telah memenangi 2 pingat emas melalui acara pecut dan acara   turun ke trek dengan matlamat memenangi acara ini bagi membuktikan bahawa beliau layak untuk digelar raja trek di Sukan Asia Guangzhou. Namun bak kata pepatah Melayu 'membujur lalu melintang patah', Azizulhasni Awang menidakkan hasrat pelumba dari negara matahari terbit itu dengan kejayaannya mengungguli acara Keirin. Lebih malang lagi, Zhang Mao turut terlibat dalam kemalangan ketika melakukan henjutan di selekoh terakhir bersama-sama Muhammad Parash, pelumba dari negara kuasa Asia iaitu Iran. Cabaran turut datang dari pelumba pilihan dari Korea Selatan              yang menduduki tangga keempat.

Dengan kemenangan ini, maka berkumandanglah lagu Negaraku di bumi Guangzhou untuk kali ketiga. Bangga dan terharu apabila melihat jalur Gemilang berkibar megah mengiringi kedua pahlawan trek negara.

Comments

Popular Posts