MIMPI MENJADI KENYATAAN..??

selagi tidak roboh benteng terakhir,
selagi itulah harapan akan terus menyala
Adakah mimpi 27 juta rakyat Malaysia akan menjadi kenyataan menjelang 18 Jun 2013? Atau adakah mimpi akan terus menjadi mimpi sehingga tahun 2018? Jika melihat senario terkini perkembangan bolasepak negara serta barisan pemain yang mewakili negara, rasanya soalan tersebut mungkin agak skeptikal bagi segelintir peminat fanatik negara. Apatah lagi lawan Malaysia pada pusingan pertama dan kedua (sekiranya melepasi pusingan pertama), satunya adalah lawan yang lebih rendah rankingnya serta satunya lagi adalah pasukan yang kerap ditemui oleh Malaysia baik melibatkan perlawanan liga mahupun antarabangsa. 

singapura turunkan pemain mat salleh...
takde masalah, shafiq dah biasa pun
Apapun, penulis lebih suka mengambil pendekatan realistik dan logik. Bagi penulis seandainya pasukan negara berjaya sampai ke pusingan ketiga (pusingan secara liga) ianya sudah menjadi satu kejayaan dan perkembangan yang amat baik bagi bolasepak negara. Pencapaian ke pusingan ketiga seharusnya menjadi pemangkin kepada sasaran utama seperti mana yang disebut oleh Ketua Jurulatih negara K. Rajagopal iaitu layak ke pusingan akhir Piala Asia pada tahun 2015 yang akan berlangsung di Australia.

Anderson dah rasa azab kawal N.I.T
Namun sebagai rakyat Malaysia yang menyayangi negaranya, di dalam hati tetap mengharapkan keajaiban dapat dijelmakan oleh barisan pemain negara. Manalah tahu, berkat dari kesungguhan dan keazaman yang tinggi yang memang penulis tabik spring kepada pemain-pemain yang ada sekarang, keputusan demi keputusan yang akan mengegarkan arena dunia bolasepak dapat dihasilkan. Bayangkan, apa yang akan menguasai media cetak mahupun media elektronik bukan sahaja dalam negara malah melangkaui media luar negara bila mana satu demi satu pasukan handalan asia tumbang dan diratah oleh Sang Harimau dari Malaya!!! Pergh....bangga bro.... Andai itu yang bermain di benak fikiran pemain kita, rasanya tidak ada apa yang mustahil. Yang penting percaya kebolehan diri dan mahu memecah tembok yang sekian lama menghantui dan menghalang pemain-pemain negara...TEMBOK yang menghalang kemasukan Malaysia ke Piala Dunia...!!!


persamaan teknik dan gaya tendangan bola antara Safee Sali dan bintang dunia Alex (Chelsea) so siapa kata pemain Malaysia takde teknik yang hebat..??!!
"Jika kau rasakan kau boleh...", klik bawah (sama-sama kita dengar)

Comments

Popular Posts