10 Tips Berharga Demi Nyawa Dan Hartabenda
Akhbar hari ini menyiarkan berita mengenai seorang kanak-kanak rentung di dalam insiden kebakaran yang berlaku di Georgetown, Pulau Pinang semalam. Berikut adalah tips maklumat sebagai panduan keselamatan dan pencegahan kebakaran yang boleh dikongsi bersama.
1. Jarakkan dapur sekurang-kurangnya 3 kaki daripada objek lain khususnya objek mudah bakar. Elakkan sama sekali meletakkan dapur berhampiran dengan kain langsir!!! Banyak suri rumah buat macam ni kononnya nak bagi asap keluar (kalau perlu sangat pasang kitchen hood)
2. Jauhkan lilin dari bahan mudah bakar dan kanak-kanak. Jangan biarkan lilin menyala tanpa pengawasan.
3. Jangan merokok di tempat tidur dalam keadaan mabuk, khayal atau mengantuk. Senang cerita jangan merokok langsung di tempat tidur. Lagi senang berhenti merokok terus!!!
4. Gunakan tempat habuk rokok yang besar dan berat. Pastikan puntung rokok dipadamkan sepenuhnya sebelum dibuang. Jangan sesekali jadikan botol plastik, bahan dari kertas, tin atau apa sahaja barangan @ objek lain sebagai tempat habuk rokok (ashtray). Ini kerana bahan tersebut adalah dari bahan mudah sementara tin tersebut tentunya tidak mempunyai tempat meletak rokok yang menyebabkan anda membiarkan rokok begitu sahaja. Ini akan menyebabkan puntung rokok lama akan turut terbakar (khususnya rokok dari jenis gudang garam).
5. Simpan mancis, pemetik api, alat penyala dapur atau sebarang alatan yang boleh menyebabkan api di tempat yang selamat dan tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak.
6. Sentiasa memeriksa sambungan atau saluran paip LPG.Anda boleh membuat ujian kebocoran pada paip tersebut dengan membasahkan kain dengan campuran sabu yang berbuih pada saluran paip LPG. Sekiranya terdapat bebola buih mengelembung di saluran tersebut ini menandakan saluran paip LPG anda mungkin mengalami kebocoran. Tukar segera. Sekiranya tidak mahir panggil pakar atau pihak yang bertauliah untuk mengadakan pemeriksaan. Jangan lokek untuk mengeluarkan sedikit belanja demi nyawa anda dan insan disayangi.
7. Jangan benarkan anak-anak anda atau binatang peliharaan bermain di sekitar ruang dapur.
8. Jangan amalkan penyambungan yang berlebihan pada satu-satu soket.
9. Sentiasa memeriksa pendawaian elektrik di rumah anda. Peralatan elektrik seperti seterika contohnya sering mengalami kerosakan @ haus.
10. Gunakan bekas yang sesuai untuk lingkaran nyamuk sekiranya menggunakannya. Elakkan daripada menggunakan pinggan atau piring sebagai bekas lingkaran nyamuk. Apatah lagi menggunakan kertas sebagai alasnya.
Tips ini disediakan oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia. Bersama-samalah kita mengambil berat demi kepentingan nyawa dan harta benda.
** Bersama-sama kita sedekahkah Al-Fatihah untuk Mohammad Irfan Abdul Rashid, 5 tahun, mangsa di dalam kebakaran tersebut.

Comments
jumpa entry ni kat nuffnang.. drop by baca jap, menabung jap.. sama2 lah menabung bersama nuffnang.