Rahsia Besar!!!! Bagus Dicontohi & Diteladani.

Mari kita bersama-sama berkongsi sebuah cerita yang disampaikan oleh seorang rakan yang baru kehilangan ayah mertuanya. Samada cerita tersebut benar atau rekaan tetapi menarik untuk difikirkan bersama tentang peri pentingnya menjaga hati pasangan. Ceritanya begini, isteri rakan saya ini baru sahaja menceritakan kepadanya tentang satu surat yang ditinggalkan oleh arwah ayahnya kepada ibunya dan juga beberapa kisah yang bersangkut kepada surat tersebut. Ketika hayat beliau, arwah telah berpesan kepada keluarganya agar jangan sesekali dibuka surat tersebut sehinggalah beliau kembali ke Rahmatullah. Ayah mertuanya berumur 79 tahun ketika menghembuskan nafas yang terakhir. Ayah dan ibu mertuanya telah hidup bersama kira-kira 61 tahun. Dalam tempoh itulah kedua insan ini melayari bahtera kehidupan, menempuh susah dan senang, berkongsi derita, suka dan duka. 

Sekadar gambar hiasan
Perkenalan arwah dengan isterinya juga melalui pengalaman yang menarik. Arwah sebenarnya memang sudah lama meminati Zubaidah (ibu mertua rakan saya). Namun tiada siapa yang berani cuba memikat maklumlah Zubaidah ni adalah anak dara seorang mahaguru silat di kampungnya iaitu datuk kepada isterinya yang dikenali sebagai Tok Mahmud. Mungkin kerana berfikiran beliau tidak sepadan untuk digandingkan dengan Zubaidah atau mungkin juga takut dan segan kepada Tok Mahmud, maka hajat hanya terpendam jauh di dalam hati. Arwah pula adalah anak murid persilatan dan juga merupakan jurulatih kompang di kampungnya. Pada suatu hari arwah bersama adiknya pergi ke rumah Tok Mahmud untuk membincangkan aktiviti yang hendak dilaksanakan dalam satu majlis perkahwinan. "Idah, bawakan abah beg yang dalam bilik tu", panggil Tok Mahmud kepada anaknya, siapa lagi kalau bukan dara pujaan arwah. Mendengar sahaja nama Zubaidah disebut oleh Tok Mahmud, hati arwah berdebar-debar. Sejurus itu nenek kepada isteri rakan saya keluar bertanya kepada arwah dan adiknya samada  mahu air kopi susu atau kopi 'O pekat. Sewaktu mahu menjawab soalan isteri Tok Mahmud itulah tiba-tiba Zubaidah muncul masuk ke ruang tamu rumah membawa beg yang dipinta oleh ayahnya. "Kopi campur garam, makcik!!! Dengan spontan arwah menjawab,  Terkejut semua mendengar 'request' arwah. "Garam??", tanya Tok Mahmud kehairanan kepada arwah. "Errr..., saya memang biasa minum kopi dengan garam", jawab arwah kebingungan. Sudahnya air yang dihidangkan adalah sebagaimana permintaan arwah.  Hubungan baik arwah dengan Tok Mahmud akhirnya telah membuka jalan kepada arwah untuk mengenali Zubaidah lebih rapat apatah lagi Tok Mahmud sendiri merestui perhubungan pemuda yang memang disenanginya itu. Rutin air yang disediakan kepada  arwah bila ke rumah Tok Mahmud tentulah aipr kopi bercampur garam!!!

Ahkirnya, kedua insan ini disatukan dan sah menjadi suami isteri. Hiduplah keduanya bahagia selama 61 tahun sehinggalah minggu yang sudah dan selama itu jugalah Makcik Zubaidah menghidangkan kopi 'O' garam kepada arwah.

Berbalik kepada surat yang ditinggalkan arwah. Akhirnya surat misteri yang sekian lama disimpan terungkai jua. Sebagaimana yang diceritakan oleh rakan saya, isi surat tersebut berbunyi,

"Isteriku, Zubaidah yang sungguh abang sayangi. Selama ini abang simpan satu rahsia yang tidak kamu ketahui. Walaupun azab abang menyimpan rahsia ini namun tidak sesekali abang menyesal. Malah abang bersyukur kerana rahsia inilah yang membuka jalan abang mengenali kamu. Rahsia inilah yang abang berhadapan setiap detik dan waktu. Bahawasanya abang tidak pernah suka minum air yang kamu hidangkan kepada abang. Air kopi bercampur garam. Sebenarnya hal itu terjadi adalah kerana abang sungguh gugup dan gementar apabila memandang kamu. Ibu kamu menanyai abang air apakah yang abang mahu, adakah kopi susu atau kopi pekat, langsungnya kerana mengagumimu, abang menjawab air kopi campur garam. Sungguhnya, air kopi yang kamu sediakan itu bukanlah yang abang suka jauh sekali mengemarinya. Namun apa pun juga demi mencintai dan menyayangi diri kamu sebagai isteriku, abang tidak mahu mengeluh. Abang tidak mahu kamu dukacita kerana apabila abang bagitahu kamu air yang kamu sediakan sedap, abang dapat lihat wajah kamu puas dan gembira. Gembira kamu adalah gembira abang. Abang tidak sanggup dan tidak mahu melukakan hati kamu kerana air kopi bercampur garam yang kamu hidangkan sepanjang umur hayat abang. Kamu percayalah, walaupun air kopi bercampur garam bukanlah air yang enak dan sedap untuk abang, tulus hati dan kasih kamu menyediakan air kepada abang melebihi segala-galanya. Itulah kelazatan untuk abang".

Mesra sebegini hingga ke akhir nyawa?
Terkedu juga bila dengar cerita ni. Begitu sekali seorang insan menjaga hati pasangannya. Demi tidak mahu hati isterinya terluka dan kecewa, benda atau perkara yang bukan azali untuk dirinya tetap ditelan juga. Iyelah mahu taknya. Berpuluh tahun sediakan air tetiba satu hari nak komplen. Tentunya, boleh menghilangkan rasa kagum dan menyebabkan satu pihak lagi kecewa dan malu. Hebat nilai arwah menjaga hati isterinya. Agak-agak kalau kita bolehke?? Silap haribulan kurang URMPP sikit, komplen sampai seminggu!!! Hehehe.......

Salam dan sehingga jumpa lagi.... 

adios amigos, grasias senor (sorry YB Zul, pinjam sat tagline)

Comments

Popular Posts