JANGAN DIJOLOK SARANG TEBUAN...!!!!!

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,


Masjid Negeri Pulau Pinang
Selama ini penulis cuba untuk mengelakkan sebarang bentuk penulisan yang berbaur politik. Namun tembok prinsip itu akhirnya roboh juga dek kerana hasrat penuh muslihat Kerajaan Pulau Pinang (KPP) yang ingin  mewujudkan sebuah pilihanraya yang digelar Pilihanraya Masjid (PRM). Reaksi pertama penulis mengenai rancangan KPP ini adalah MENGARUT!!.   

Akal waras penulis terus terarah tentang perpaduan bangsa Melayu dan keharmonian institusi masjid yang menjadi tempat orang beragama Islam untuk beribadat yang mana bangsa Melayu adalah bangsa majoriti yang menganut agama Islam di bumi Malaysia. Adakah kita mahu masjid menjadi 'pertempuran' caci mencaci dan tempat saudara seagama bermasam muka walhal seharusnya masjidlah tempatnya untuk kita bersedekah memberikan senyuman kepada saudara seagama biarpun fahaman politik berbeza. Selama ini kita belum pernah lagi mendengar kejadian dimana penganut agama Islam bergaduh, bertekak dan yang seumpamanya di dalam kawasan masjid. Jika ada pun ianya adalah kes terpencil yang berlaku mungkin akibat salah faham sahaja. Justeru apabila KPP ingin melaksanakan perkara ini maka penulis beranggapan bahawa sebenarnya KPP mempunyai sebuah agenda tersembunyi dan muslihat yang cukup jahat. Apa perlu Pilihanraya Masjid?? Untuk memporakperandakan masjid dan memecahbelahkan bangsa Melayu dan bangsa lain yang menganut agama Islam. Bayangkan apa akan jadi dengan keharmonian masjid. Poster dan kain rentang yang mewakili kem tertentu daripada yang dipelopori parti politik tentunya dengan pelbagai slogan akan mewarnai ruang sekitar masjid, pagar dan tidak mustahil sehingga ke dalam dewan solat!!!! 

Memang pada peringkat awal pelbagai peraturan akan dibuat tetapi apakah jaminan bahawa peraturan itu akan dipatuhi?? Sedangkan pilihanraya yang sedia ada seperti Piliharaya Umum, Pilihanraya Kecil dan Pilihanraya Kampus pun kita sering mendengar perlanggaran peraturan pilihanraya, inikan pula PRM??

Ceramah Agama Atau Ceramah Berkempen?
Sekadar Gambar Hiasan
Penulis percaya dan yakin KPP yang diterajui oleh parti DAP telah melihat keutuhan bangsa melayu yang sukar diganggu gugat biarpun berlainan fahaman politik. Biarlah bergaduh bangsa Melayu sesama sendiri, biarlah berantakan bangsa Melayu bermasam muka namun apabila timbul sebarang isu yang membabitkan bangsa Melayu itu sendiri, kita menjadi bersatu dan hasilnya kita menjadi kuat dan kita tidak mampu untuk diganggu gugat. Perihal penggunaan kalimah Allah, biasiswa, UITM, Mara, Bahasa Melayu, sekolah agama Islam, tanah, azan dan beberapa tahun yang lalu isu tentang kesucian masjid yang tercemar oleh perbuatan segelintir orang yang cuba bermain api, bangsa Melayu dan penganut agama Islam lainnya tiba-tiba menjadi sepakat, menjadi satu hati, satu jiwa, satu MARUAH!!. Tidak dinafikan terdapat seorang dua yang pendek akal hanya semata-mata kepentingan politik boleh menjadi 'BUTA' hati menikam bangsanya sendiri dengan komen-komen yang menyedihkan dan menyentuh hati naluri kita sebagai bangsa Melayu dan orang Islam apabila isu seumpama ini timbul tetapi apalah sangat komen mereka itu. Bak kata pepatah melayu...., Biarlah luncai terjun dengan labunya...

Berbalik kepada isu PRM ini, bagaimana agaknya nanti kita yang ke masjid untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang hamba semata-mata mencari keredhaan Allah Yang Maha Esa hendak berasa selesa dan tenteram sedang dalam masa yang sama keadaan sekeliling tidak memungkinkan kita untuk tenang dan damai menghadapNya??? Lebih celaru bila mana kes dua imam pula menjadi semakin berleluasa dan menjadi biasa?? Silap haribulan bukan sekadar dua imam tetapi dua bilal, dua tok siak dan pelbagai dua lagi!!! Bagaimana pula sekiranya di masa akan datang terdapat lebih daripada dua parti tunjang melayu yang kuat selain UMNO dan PAS?? Apa akan ada tiga imam? atau empat? lima? enam? Masya Allah, inilah yang sangat dikhuatiri dan ditakuti oleh penulis tetapi sebaliknya pula bagi mereka yang memang hendak melihat bangsa Melayu dan agama Islam RUNTUH dan berpecah belah!!! Konsep pecah dan belah menjadi permainan orang-orang ini tatkala melihat kejayaan konsep ini sejak zaman kesultanan melayu sehinggalah saat penjajah melepaskan Tanah Melayu dari jajahan mereka. 

Berkongsi udara dan tanah, penulis merayu kepada seluruh bangsa Melayu dan penganut agama Islam marilah kita bersama-sama bersatu dalam isu ini. Tidak kiralah sama ada kita dari parti mana pun, biarlah pertarungan kita sekadar di medan politik sahaja. Janganlah dicampur adukkan aktiviti duniawi ke dalam kawasan aktiviti ukhrawi. Pilihlah mana-mana pun perjuangan dan fahaman politik anda. Itu hak masing-masing tetapi dalam hal ini marilah kita bersama-sama menentang rancangan yang penuh dengan niat jahat ini. Fikir sedalam-dalamnya kesan dan akibat sekiranya ianya menjadi kenyataan. Penulis faham bagi pihak yang tidak sehaluan dengan pimpinan kerajaan sekarang mungkin berfikir ini satu peluang untuk medan mengembangkan pengaruh. Bagaimana sekiranya yang membangkang sekarang menjadi kerajaan hasil daripada kaedah ini? Tentunya di pihak yang kalah akan menggunakan platform yang sama arakian melihat keberkesanan pengaruh politik berkembang melalui kaedah yang digunakan sebelumnya berjaya. Kesannya?? Masjid bukan lagi menjadi tempat untuk beribadat tetapi menjadi medan berpolitik!! Akibatnya?? Punah dan ranaplah kesucian agama Islam di Malaysia. 

Wassalam...

Comments

Bancik said…
Samalah kita berdoa agar kita diberikan taufik dan hidayah. Kita tak mampu berbalah lagi.

http://mybancik.blogspot.com/

Popular Posts