Keras, Kuat Dan Tiada Istilah Malu

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,
Atas sikap dan kerja keras, semangat yang kuat dan tidak pernah berasa malu akhirnya impian Hazama menjadi kenyataan. Ramai yang telah pun tahu betapa insan ini benar-benar sekali ingin menyertai Akademi Fantasia sebagai peserta. Tujuannya adalah satu - untuk menimba ilmu dan belajar menjadi seorang artis yang mahir dalam bidang yang diceburi. Tanya diri sendiri, agak-agak kalau kita bolehkah menjadi sepertinya? Setiap tahun hadir ujibakat tetapi gagal. Dalam tempoh itu tentunya ramai orang yang berpandangan sinis dan rasanya tidak kurang yang memperlecehkan kesungguhan beliau. Jika ada pun setakat 2 kali hadir dan kalau gagal juga jawabnya terus pencen....hehe so jadilah kejayaan Hazama ini sebagai satu contoh yang terbaik dalam setiap apa yang ingin kita usahakan. Pastinya setiap kemahuan ada jalannya. Mungkin kita gagal dalam satu perkara tetapi mustahil kita akan gagal dalam perkara yang lain. Yang penting mesti "Keras, Kuat dan Tiada Istilah Malu!!!" 


Secara jujur pada peringkat awal penulis tidak berasa Hazama boleh menjadi juara untuk Akademi Fantasia Musim Ke-9 (jangan marah ya kepada penyokong-penyokong Hazama....Kawtim....hehe). Ini adalah kerana pada masa AF Masuk terdapat seorang lagi bakat yang membuatkan penulis berasa kagum. Namun takdir akhirnya menobatkan Hazama sebagai Juara Akademi Fantasi Musim Ke-9!. Tahniah kepada Hazama. 

Apapun terima kasih kepada Hazama kerana beliau menjadi salah seorang lagi dalam barisan individu yang penulis jadikan contoh tentang cita-cita di dalam kehidupan. 

Wassalam.

Comments

Popular Posts