Keputusan Perlawanan Kelayakan Olimpik London 2012 Malaysia - Lubnan

LUBNAN (0) - MALAYSIA (0)
Malaysia mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan ketika menentang Lubnan yang berlangsung di Stadium Chamille Chamoun, Beirut, Lubnan.  Secara jujurnya keputusan yang diraih di Lubnan boleh dianggap adalah baik dan memuaskan. Ini kerana di atas kertas, ramai peminat tanahair berasa sangsi keupayaan pasukan negara untuk menyaingi pemain-pemain Lubnan. Ianya berdasarkan beberapa keputusan terakhir dalam perlawanan persahabatan yang diperolehi oleh pasukan negara. Kekalahan kepada pasukan senior Kemboja (1-0) dan disusuli dengan kekalahan kepada pasukan olimpik Qatar (4-0) sedikit sebanyak mengugat keyakinan penyokong-penyokong negara. Situasi ini berbeza kepada Lubnan yang telah berjaya mengalahkan Qatar (1-0) dalam perlawanan persahabatan terdahulu.  

Keputusan tersebut memberi peluang terbaik kepada pasukan bolasepak negara untuk mara ke peringkat kumpulan yang dibahagi kepada tiga kumpulan (4 pasukan setiap kumpulan). Juara setiap kumpulan akan layak ke Olimpik London 2012. Tempat kedua terbaik dari setiap kumpulan pula akan membentuk satu kumpulan (3 pasukan) dan pemenangnya akan menentang pasukan keempat terbaik dari benua Afrika untuk slot ke Olimpik London 2012.

Ayuh kita beramai-ramai gegarkan stadium pada 23 Jun 2011 ini. Berikanlah sokongan anda untuk anak-anak muda negara yang berjuang demi mengharumkan nama negara di persada arena bolasepak antarabangsa!!

Keputusan perlawanan lain Kelayakan Olimpik Zon Asia pada 19 Jun 2011.
Australia 3 Yaman 0
Korea Selatan 3 Jordan 1
Jepun 3 Kuwait 1
Korea Utara 0 UAE 1
China 0 Oman 1
Iraq 0 Iran 1
Uzbekistan 1 Hong Kong 0

Saksikan sedutan perlawanan di antara Lubnan dan Malaysia.

Comments

M@M@ SH@RIDZ said…
go...go.... malaysia

Popular Posts