JANTAN-JANTAN NEGARA!!!


Penulis mengaku tajuk kali ini memang agak ganas tetapi pada penulis mereka memang layak digelar jantan kerana tindakan bermaruah yang telah mereka lakukan untuk negara. Buat pertama kalinya dalam sejarah bolasepak Malaysiabadi berhantu yang selama ini membelenggu pemain-pemain negara akhirnya berlalu. Belum pernah dalam pembabitan bolasepak negara dalam kempen Kelayakan Piala Dunia melangkah ke pusingan kedua. Kini Malaysia telah melangkah ke pusingan kedua dan akan menentang jiran tetangga yang juga musuh tradisi dalam kancah bolasepak negara. Ganjaran kemenangan apabila menewaskan Singapura nanti cukup besar dan tidak terperi nikmatnya. Ini kerana apabila kita berjaya menewaskan mereka kita akan melangkah ke peringkat kelayakan kumpulan. Bagi penulis apabila telah melangkah ke peringkat ini, tiada perkara yang mustahil boleh berlaku. Memang tidak dinafikan bahawa pada peringkat ini gergasi Asia yang lain seperti Australia, Jepun, Korea Selatan, Iraq, Iran, Arab Saudi  dan  lainnya sedia menanti kita. 




Peringkat kumpulan berbeza sama sekali dengan peringkat kelayakan. Pada hakikatnya peringkat kelayakan pusingan pertama dan kedua memerlukan tuah selain taktikal dan strategi yang betul kerana ianya dijalankan secara kalah mati. Di peringkat kumpulan dengan kebijaksanaan taktik dan strategi Dato’ K.Rajagopal merancang pasukan, kita boleh mencuri mata di kandang lawan dan mencuba habis-habisan untuk mendapatkan mata penuh di gelanggang sendiri. Percayalah jika kita dapat mencuri satu mata dari pasukan lawan contohnya Australia, Jepun atau Korea di kandang mereka sendiri sudah pasti ego dan keyakinan mereka akan koyak rabak, goncang dan bergegar! Kerana apa??? Kerana pasukan yang mereka anggap lauk tidak semena-mena telah menyukarkan dan menyempitkan laluan mereka malah pasukan yang mereka anggap lauk inilah yang akan mewakili Asia ke Piala Dunia!!!! 




Barang diingat pada peringkat ini juga segalanya mungkin. Tidak ada yang mustahil. Tidak salah sekiranya kita boleh memasang impian untuk mara sejauh mungkin dan seterusnya mencipta gemilang dan mengejutkan arena bolasepak dunia dengan kemunculan sulung pasukan negara di Piala Dunia!!! Bayangkan apa dan bagaimana reaksi dunia apabila Malaysia bermain di Piala Dunia!!! Media maya, rangkaian media barat dan akhbar seluruh dunia pasti terpampang aksi dan wajah-wajah pemain negara. Bagi pemain-pemain bolasepak negara pula jangan terkejut sekiranya pada saat itu kalian semua mula menjadi perhatian kelab-kelab Eropah. Biarpun kemungkinan bukan kelab-kelab besar tetapi di sinilah segala-galanya tapak untuk melangkah lebih jauh. Barang diingat sekali lagi bahawasanya 70 peratus usia pemain kita adalah di bawah 25 tahun dengan purata umur 23 tahun. Mungkin ada yang memandang sinis dan mentertawakan apa yang penulis sampaikan ini. Apa sekalipun bagi penulis, dalam dunia bolasepak apa sahaja kemungkinan boleh berlaku asalkan ianya tepat pada taktikal dan strategi disulam dengan sifat bak harimau yang kelaparan mencari santapan, semangat juang yang tinggi biarpun bermandi darah dan keringat yang jatuh menitis ke bumi, tidak gentar berdepan dengan musuh dan menyerap segala ketakutan dengan diganti keberanian bak satria, pahlawan Malaysia!!! Ingatlah apabila kejayaan menjadi kenyataan, kenikmatan yang anda dapat dari penghormatan manusia lain, itu adalah hak anda! Itu adalah maruah anda yang tidak ada tolok bandingnya dengan perkara lain! Anda membuktikan bahawa anda boleh, anda hebat, anda unggul!!! 

Mustahilkah tajuk berita sebegini menjadi berita??
Penulis dan rakyat Malaysia yang waras tahu ini bukan tugas mudah. Ini bukan sembarangan punya sasaran. Mungkin ada yang kata gila punya impian, gila punya harapan TETAPI mustahil sangatkah?? Ini bukan perkara lawak dan senda gurau mahupun jenaka bangang dan bodoh. Ini adalah dokongan, dorongan dan semangat yang mencabar kejantanan lelaki-lelaki yang menyarung jersi Malaysia!!! Kami tahu dan sedar tentang itu tetapi kami tetap yakin dan percaya pemain-pemain Malaysia yang ada sekarang boleh dan mampu untuk melakukan sesuatu. Sesuatu yang tak terjangkau dek akal selama ini. Sesuatu yang selama ini ditertawakan oleh negara lain. Sesuatu yang magis dan magis itulah yang akan membuatkan 'penonton' asing terlopong!!


Ingat depa je ada fanatik...peminat kita pun tak kurang hebatnya juga
Tinggal dua perlawanan, 180 minit dan satu musuh sahaja lagi yang menjadi penghalang kita untuk ke peringkat kumpulan. Ayuh! ini masanya kalian tunjukkan siapa kalian yang sebenarnya. Rakyat Malaysia sekarang ini pun dah mula membanjiri stadium untuk membantu anda. Abaikan tohmahan rasuah dan sebagainya. Biarkan pemain yang buta hati dan tidak bermaruah sahaja bersekongkol dengan penyakit ini. Rakyat mempercayai komitmen anda. Kami telah melihat anda bermain. Kami lihat anda tercungap-cungap di tengah padang demi maruah negara. Kami lihat anda menangis dan bersujud tanda gembira dan bersyukur sejurus kemenangan diraih. Kami tidak mempersoalkannya sama sekali. Usah risau, gundah gulana dan gabra. Selagi kalian terus bermain seperti sekarang malah lebih baik, Gelombang lautan hitam dan kuning akan mewarnai Bukit Jalil. Sorakan keramat ditunjangi Ultras Malaya, Harimau Malaya, Famemas dan semua rakyat Malaysia pastinya akan mengegarkan bukan sahaja di dalam stadium tetapi segenap pelosok tanahair!!! Kita bagi skala ritcher mencatitkan bacaan gegaran terkuat bukan kerana bencana tetapi kerana gegak gempita seluruh rakyat Malaysia!!!!!

Comments

keningparut said…
terbaik tuk malaysia bro!
Muse razak said…
Ayuh kita gegarkan stadium menyokong harimau membaham singa. Pastikan sang singa lesu dan layu di Stadium Nasional!

Popular Posts