PASUKAN REMAJA SINGAPURA BERMAIN DI LIGA SUPER??

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,

Saiz?? Takde hal bro!!
Masih lagi dengan hal bolasepak negara. Kali ini berkenaan ura-ura pasukan bolasepak remaja Singapura untuk bermain di Liga Super kelolaan Persatuan Bolasepak Malaysia. secara peribadi Penulis tidak bersetuju langsung dengan cadangan tersebut. Bukan maksud membalas dendam tetapi lebih kepada tradisi dan persaingan di antara kedua-dua negara. Rasanya kita masih belum lupa bagaimana tindakan dan 'permainan' yang dilakukan oleh Persatuan Bolasepak Singapura (FAS) kepada pasukan remaja Malaysia yang memohon untuk bermain di Liga Singapura beberapa tahun dahulu. Keputusan saat akhir yang memaklumkan tiada kekosongan untuk pasukan remaja Malaysia bermain di liga mereka adalah sesuatu yang mengecewakan. Pada ketika itu, pasukan remaja kita seolah hilang arah untuk menyertai mana-mana liga akibat keputusan saat-saat akhir pihak FAS tersebut. Mujurlah pasukan remaja Malaysia ditawarkan bermain di Liga Slovakia. Biarpun bermain di liga bawahan namun undangan ikhlas tersebut disambut dengan baik oleh pengurusan FAM. Pada peringkat awal pasukan remaja Malaysia bermain di liga tersebut, banyak pihak memperleceh malah ada yang mempersendakan tindakan FAM menghantar pasukan remaja bermain di sana. Hingga pada suatu ketika, timbul berita menyatakan bahawa pemergian pasukan remaja kita bermain di sana bukanlah atas jemputan tetapi kerana pihak FAM membayar kepada pengurusan Liga Slovakia untuk bermain di sana. Malah mata yang dikutip oleh pasukan lawan atau pasukan negara tidak akan diambil kira di dalam liga tersebut. Ianya lebih bersifat formaliti atau sekadar memenuhi pusingan jadual untuk pengenapan perlawanan, dalam erti kata lain sekiranya pasukan bolasepak kita tidak bermain akan ada sebuah pasukan yang berehat ekoran liga tersbut dalam jumlah yang ganjil. Begitu sekali hinanya pasukan kita dipersendakan. Keadaan ini  memaksa Setiausaha Agung FAM, Dato' Azzudin Ahmad menjawab isu tersebut melalui media perdana. Ini semua angkara tindakan FAS yang lambat memaklumkan kepada pengurusan FAM tentang boleh atau tidak pasukan remaja kita bermain di Liga Singapura.Telah lupakah FAM pada semua itu?

Rentap dengan Tatran Mikulas FC 
Hakikatnya jika benar FAS ikhlas dan memikirkan tentang peningkatan mutu permainan bolasepak kedua-dua negara, wajar FAS memilih dan membenarkan penyertaan pasukan remaja kita untuk bermain di liga mereka dan bukannya memilih pasukan berstatus kelab dari negara lain yang jauhnya beribu-ribu kilometer. Apa rasionalnya? Sambutan peminat berkunjung ke stadium akan lebih berbanding jika menjemput pasukan kita?? Mustahil!! Atau kuasa penajaan? Miskin sangatkah atau teruk sangatkah reputasi dan kualiti permainan anak-anak remaja kita sehingga menyebabkan penaja lari?? 

Ada 2 sebab utama mengapa FAS tidak membenarkan pasukan remaja kita bermain di Liga Singapura dan sebab-sebab inilah yang harus FAM fikir dan renungkan sebelum membuat sebarang keputusan. Pertama, seperti yang telah dinyatakan di awal tadi, FAS tidak mahu melihat pasukan bolasepak negara kita berkembang atau melebihi tahap bolasepak mereka. Ini kerana pengalaman yang akan diperolehi  di liga mereka akan memberikan pendedahan yang amat berguna kepada pemain Malaysia. Disamping itu juga implikasi atau risiko yang sangat dikhuatiri oleh pihak FAS sekiranya pasukan remaja kita menjadi antara pencabar terkuat di dalam liga mereka. Sudah tentu keadaan ini akan memberi reputasi yang kurang menarik dan menjejaskan imej FAS di mata peminat-peminat bolasepak serantau. Bayangkan pasukan remaja kita menundukkan satu persatu pasukan yang bermain di liga mereka. Dimana FAS hendak letak muka? Kedua, pasukan bolasepak kita akan mengetahui seba sedikit tentang kualiti pemain-pemain yang ada di Singapura. Ini adalah kerana mereka akan bertemu dan bermain dengan kesemua pemain atau bakat yang ada di Singapura. Keadaan ini berbeza di pihak mereka yang tidak mengetahui seramai mana pemain berkualiti yang kita miliki. Mereka hanya berhadapan dengan pasukan remaja kita sahaja sedangkan di negara kita sendiri masih banyak pemain-pemain yang mereka tidak ketahui tahap dan keupayaannya.

Aksi bek kanan negara, Mahali Jasuli
Justeru adalah diharap agar FAM memikirkan semasak-masaknya kesan dari keputusan yang akan diumumkan kelak. Tidak rugi liga kita tanpa mereka. Tidak penuh stadium kita dengan mereka. Lainlah sekiranya yang hadir merupakan pemain dalam kesebelasan utama mereka seperti era Singapura bermain di Liga Semi Pro dahulu. Sambil itu penulis mengucapkan tahniah dan syabas kepada pengurusan FAM yang telah berjaya memartabatkan semula bolasepak negara. Biarpun terpaksa merangkak dan berdepan dengan banyak kritikan dan tohmahan, FAM sebagai bapa gagah menongkah arus yang menerbitkan rasa tanggungjawab anak-anak untuk membalas budi bapa mereka sebaik mungkin dengan keputusan-keputusan positif yang diperolehi oleh mereka kebelakangan ini. Ini barulah namanya anak yang mengenang budi... 

Wassalam.

Nota : Terima kasih kepada Saudara Mohd Izuan dan Katon Tin Ton untuk foto-foto di atas.

Comments

Popular Posts