Singapura : Tidak Seindah Khabar
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,
Kali ni aku nak menulis sesempoi yang mungkin. Bukan apa, nak tulis serius sangat pun nanti ada kawan-kawan dari seberang tambak kecil hati pula. Apa pun, niat aku menulis kali ini adalah sebagai satu pandangan ikhlas dan tak lebih daripada itu. Sambil itu aku harap tulisan aku kali ini juga membuka mata segelintir warga Malaysia yang dok mengagung-agungkan negara lain dan dalam masa yang sama dok meperleceh negara sendiri. Sampai je kota singa kami semua diturunkan di kawasan yg dikenali sebagai Little India. Jenuhle aku dan kawan-kawan cari tempat yg ada liputan wifi. Xde! bagi aku ini sesuatu yg diluar jangka. Sehebat-hebat kota singa xde wifi? yg ada hanya dalam bangunan hotel dan sebilangan bangunan membeli belah. Aku pun tanyalah kat sorang guard yg ada kat sekitar kawasan tu ada tak CAFE di sekitar Liitle India (maksud aku starbuck, tgi friday etc), apa yg aku jumpa hasil maklumat yg aku tanya adalah cyber cafe...HAMPEH! Restoran mamak yg bersepah pun xde wifi? Sudahnya ke cyber cafe le kami. Masuk CC aku sekali lagi terkejut..kebanyakkan cc yg aku masuk semuanya masih pakai monitor yg besar gabak tu. Kat Malaysia kalau jenis ni dah banyak tersadai kat kedai-kedai komputer 2nd hand je. Memandangkan takde pilihan maka masuk je kat salah satu cc yg ada. Tgh update story rasa nak terkucil lak. Sekali lagi aku terkejut bila pintu tandas aku buka, eiii kotor sungguh!!! Seingat aku kat KL tak penah lagi aku jumpa tandas tahap kotor macam ni. Jika beberapa tahun dulu mungkin. Jadinya bila aku sebut "beberapa tahun dulu", siapakah yg lebih maju? selesai aku update story aku dan kawan-kawan pun pusing-pusing dalam satu pusat membeli belah yg boleh aku kategorikan sebagai emporium atau mungkin bazaar. Apa lagi aku pun cari le tandas nak melepaskan hajat kecil yg terbantut tadi. Kali ini tandasnya agak bersih tetapi kalau nak dibandingkan tandas di pusat membeli belah yg ada di KL dgn yg ini, tak susah aku nak bagi markah dan markah terbaik aku berikan adalah tandas di KL. Bila dah penat pusing-pusing aku pun singgah makan di restoran mamak. Nak cari restoran melayu memang susah skit kat Little India ni. Sebagaimana dimaklumkan oleh rakan, rakyat Singapura ni kurang peramah especially kpd wrga Malaysia (kalau mat salleh mmg dorang friendly giler). Bila kita tanya, buat muka selamba beruk je...geram betul aku! Seperkara lagi aku perhatikan di kota singa ni bukan saja warganya tak friendly tapi papan tanda arahnya pun sama, tak friendly. Sempat aku bertanya dan berbual dengan beberapa orang mat salleh yg aku jumpa, aku tanya perkara ni dan mereka mengakuinya. Yang best tu...mereka ni baru saje sampai di sini dari Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Mereka kata senang lagi nak cari tempat di KL dan JB berbanding di kota singa ni! Pergh kembang jap idung aku. Apa lagi aku pun bila dengar pujian dorang, dan dan tu aku beritahu yg aku ni dari Malaysia. Datang nak tengok bola. Pre World Cup Campaign, Malaysia vs Singapore! Bukan beruk je terkejut malah ungka pun terkejut sama sebab dorang tak terfikir lak yg rakyat Malaysia pun gile bola sampai nak pergi negara orang tgk bola. Heh heh...!! banga, bangga...
Dan... aku tengok rakyat dorang pun sekarang ni main lintas jalan je..takdela tgu lampu atau isyarat melintas pun. Adalah yang tgu tapi yg tak tgu pun ramai juga so compare di KL tak bolelah dorang assume yg dorang lebih berdisiplin di jalanraya berbanding dgn warga Malaysia!. Kebersihan?? sepanjang aku lalu lorong-lorong di celah-celah bangunan dan di sepanjang hadapan Mustaffa Centre, bekas cawan kertas minuman, plastik, puntung rokok, daun-daun kering senang-senang je jumpa so camne pulak dorang bole kata yg Singapura lebih bersih dari KL? Mungkin tanggapan aku salah sebab yg aku nampak hanya di sekitar Little India tapi macam mana dgn di Jalan Besar? Ini jalan-jalan yang aku jumpa? Macam mana yg aku tak jumpa? Kedai mamak pun kalau nak compare dgn di Malaysia much, much, much better yg ada di Malaysia. Susun atur, dekorasi, kemudahan semuanya hebat lagi di Malaysia!!
Itualah antara secebis kenangan yang aku dan rakan-rakan tempuh semasa berada di Singapura. Rasanya aku patut terkejut dgn apa yang ada di Singapura sekarang ni sebab bukannya lama sangat pun aku tak ke sini. Pada hemat aku apa yang berlaku di Singapura ini kemungkinan disebabkan kebanjiran pekerja-pekerja asing yang ada di sana. Hal kebersihan dan beberapa hal berkaitan disiplin jalanraya dan bangunan ini kemungkinan datangnya dari warga asing ni.
Penutup cerita kita sebagai warga Malaysialah yang memuji negara kita sendiri bukan hanya asyik 'mendaulatkan' negara orang sahaja. Tunggulah, Insya Allah, jika Malaysia layak ke pusingan peringkat kumpulan, aku n gang akan pergi menyokong di mana pemain Malaysia beraksi. Mungkin Australia, Jepun, Korea dan lain-lain. Nak cari juga di mana kelemahan dorang ni yg asyik dipuji puja melambung oleh rakyat Malaysia sendiri! kalu Thailand, Indonesia, Vietnam suma dah tahu so tak best nak korek.
Jumpa lagi sahabat, rakan dan taulan....wassalam.
Comments